Tuesday 11 December 2012

Latihan Kata Seru



Aduh               Cis                   Nah                 Oh       Syabas             Hai                  Wah

1.      _______________, rupa-rupanya begini cara kamu menggunakan kamera digital !
2.      _______________, berani kamu merosakkan telefon bimbit saya !
3.      _______________, kawan-kawan ! Lihatlah computer baru saya.
4.      _______________, sakitnya tangan saya kerana terkena sterika yang panas itu !
5.      _______________, ambil alat kawalan jauh kamu ini semula !
6.      _______________, kejayaan ini adalah kebanggaan untuk kita semua!
7.      _______________, berkereta besar engkau sekarang !

Simpulan Bahasa


Isikan tempat kosong di bawah ini dengan kata simpulan bahasa yang sesuai.
1. Dia akan bekerja dengan lebih rajin lagikalau kamu memujinya.
2.Sekolah itu adalah untuk orang-orangyang tidak tahu membaca dan menulis.
3. Datuknya garang; bila marah mukanyamerah padam.
4. Bapa lebih senang bekerja sendiridaripada bekerja dengan mendapat bayaran.
5. Semua jiran tidak menyukai perangai lelaki itu kerana dia seorang pemabuk.

Penjodoh Bilangan


Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.
1. Budak itu mengikat kucing itu dengan se______ tali.
2. Kakak sedang menulis se______ surat.
3. Kakak memakai se______ anting-antingemas.
4. Ali memotong daging dengan menggunakan se____parang.
5. Abu membela beberapa ______ kambing.

Monday 10 December 2012

Latihan BM



Berikan perkataan seerti bagi perkataan yang digariskan .
1. Adik Sulaiman sangat cerdik.
2. Air sungai itu mengalir dengan deras.
3. Abang kelihatan bertambah segak denganmemakai dasi baru.
4. Hati ibu menjadi duka mendengarkan berita itu.
5. Kapal itu karam di tengah laut.

Saturday 1 December 2012

Kuiiz- Kata Ganti Nama Diri

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm26.HTM

Melengkapkan Nama Buah-buahan


Latihan Kata Nama Khas


A)    Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat di bawah.


      Contoh :      Li Wen suka membaca buku.
     


  1. Encik Jeva sedang mencuci kereta.
  1. Jiran saya baru berpindah dari Putrajaya.

  1. Ibu membeli sepasang kasut Asadi untuk saya

Wednesday 28 November 2012

Latihan Kata Tanya - BM Tahun 3


Latihan Kata Tanya - BM Tahun 3

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. 

Berapakah       Mengapakah         siapa        bilakah             Bagaimanakah       

1.      ______________________   budak perempuan itu menangis di kantin ?

2.      _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?

3.      _______________________  Rosanah terjatuh ke dalam longkang ?

4.      Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?

5.      ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan :
 1. Mengapakah,      2. Berapakah,       3. Bagaimanakah,      4. siapa,        5.  Bilakah

Latihan Objektif - BM Tahun 2


BM Tahun 2 : Latihan Objektif

A)    Soalan Objektif. Bulatkan jawapan yang betul. 


  1. Ming Lee dan Samy berkawan baik.  _______________________ belajar dalam Kelas 2 Merah.

              A. Kami                          B. Saya                        C. Mereka


  1. Cik Kamala guru kelas kami.  ____________________________ mengajar kami Matematik.

              A. Beliau                         B. Mereka                   C. Kamu


  1. “______________________ mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah,” kata Cikgu Tan.

              A. Mereka                       B. Saya                        C. Kita


  1. _______________________ berebut-rebut ketika menaiki bas.

              A. Jangan                        B. Sila                         C. Tolong


  1. ____________________________ minta kebenaran sebelum keluar dari bilik darjah.

              A. Jangan                        B. Sila                         C. Tidak Boleh

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan :
1. C                  2. A                3. C           4. A            5. B

Wednesday 21 November 2012

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.

1.) Kami telah menghantar buku latihan kepada Cikgu Samiha.

_____________________________________________________

2.) Dia akan menyanyikan sebuah lagu pada malam nanti.

______________________________________________________

3.) Anggota polis sedang mengawasi gerak-geri penjahat itu.

______________________________________________________

4.) Mereka belum menyiapkan kerja sekolah semalam.

______________________________________________________

Tuesday 20 November 2012

Latihan Tanda Baca

Tanda Baca

Bubuh tanda baca ( . ) dan ( , ) pada ayat-ayat di bawah.
Band 6 DT2 E1 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dari segi ejaan dan tanda baca.

1.) Saya suka menyanyi dan menari

______________________________________________________

2.) Lisa suka makan buah durian manggis dan pisang

______________________________________________________

3.) Nama saya Gopal Saya tinggal di Taman Bahagia

______________________________________________________

4.) Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih

______________________________________________________

5.) May memelihara tiga ekor kucing yang bernama Tompok Comel 
      dan Putih

______________________________________________________

Tuesday 6 November 2012

Aku Sebatang Pen


               Aku sebatang pen. Badanku diproses di sebuah kilang yang besar lagi terkenal di Shah Alam, Selangor. Aku diproses oleh mesin-mesin yang besar dan sama besarnya dengan lori kontena yang membawa rakan-rakanku yang akan dieksport nanti.
               Aku diperbuat daripada campuran bahan seperti plastik. Panjangku sama panjang dengan panjang pembaris yang berukuran lima belas sentimeter. Badanku keras namun, mudah calar apabila aku dicampak ke lantai. Itu yang paling aku khuatir. Ada satu lagi perkara yang aku lupa beritahu. Nama aku ialah Fiber Crystal 0.7. Apa yang pasti, aku adalah produk tempatan, produk Malaysia. Jadi, kalau-kalau ternampak kawan-kawan aku yang mempunyai nama seperti nama aku, jangan lupa ambil sebatang dan masukkan ke dalam bakul kemudian, bayar di kaunter pembayaran, ya!
               Baiklah, kembali semula kepada kisah tentang aku. Aku telah diletakkan di sebuah kedai buku yang bernama Famous Bookstore. Kedai buku ini terletak di sebuah negeri pantai barat yang bernama Selangor. Aku tidak pasti di daerah dan kawasan mana.
               Suatu hari, aku ternampak seorang remaja perempuan yang berusia hampir sama dengan moyangku (kalau dia masih hiduplah). Dia membelek-belek pen yang letaknya bersebelahan dengan tempat aku diletakkan namun, dia meletakkan pen yang dibeleknya di tempat asalnya semula. Kemudian, dia membelek aku pula. Mungkin dia tertarik dengan keunikan dan 'kekacakan' yang ada padaku. Hampanya aku, dia meletakkan aku semula lalu mengambil semula pen yang dibeleknya tadi. Aku mahu menangis tetapi perasaan untuk meluahkan tangisanku tidak dapat keluar kerana aku tidak dapat menghasilkan air mata walaupun setitis. Bertambah hampalah aku.
               Hari pertama aku di dalam kedai buku berlalu begitu sahaja dengan kedukaan yang menimpa aku. Pasti perasaan yang lebih teruk perlu ditanggung oleh pen-pen yang sudah buruk dan berhabuk yang juga terdapat di situ. Kasihan mereka. Apa-apa pun padan muka mereka, sudahlah reka bentuk badan mereka tidak sasa, buruk! Allah. Aku pun mungkin akan menerima nasib yang sama. Padan juga dengan muka aku. Padan muka kau, Fiber Crystal 0.7!
               Sudah seminggu aku di situ! Nasib baik kedai buku itu siap berpenghawa dingin. Kalau tidak, pasti aku akan berpeluh-peluh sewaktu aku berusaha menghasilkan air mata. Bagaimana dengan nasib aku pada masa akan datang. Aku harap aku tidak pernah dilahirkan sebagai sebatang pen. Memang perit rasanya. Tolonglah.
               Pada hari yang bertarikh 3 Jun, kedai buku tempat aku dijual telah didatangi oleh seorang pelajar sekolah menengah yang kacak. Aku lihat nama pada tag namanya, 'Khai'. Tiba-tiba tangan kanan Khai menuju ke arah aku dengan pantas. Tidak boleh aku mengelak kerana aku sendiri tidak boleh menggerakkan badanku lalu aku sudah berada di dalam genggaman tangan kanannya. Tidak sampai seminit badanku telah dibalut dengan reben dan aku dimasukkan ke dalam beg plastik kecil bersama-sama dengan dua biji lolipop Chup Chup Sedap.
               Akhirnya, aku tiba di rumah baharu aku. Rumah baharu aku agak panas kerana tidak ada penghawa dingin. Nasib baik aku tidak boleh berpeluh. Apa pun, aku agak bersyukur kerana laku juga aku, ada juga manusia yang mahu membeli aku. Bersyukur aku pada malam itu. Ya, ya! Ya!
                 Keesokan harinya, Khai membawa aku dan lolipop-lolipop yang dibelinya ke suatu tempat yang amat cantik. Aku terlihat satu papan tanda. Papan tanda itu bertulis 'KFC'. KFC itu tempat apa? Kemudian, apabila Khai membawa aku ke dalam tempat tersebut baharulah aku tahu, tempat itu adalah tempat yang menjadi kegemaran manusia. Restoran makanan segera rupa-rupanya. Aku tidak dapat menghidu bagaimana baunya di dalam tempat tersebut tetapi aku dapat melihat Khai menarik nafas dalam-dalam sambil menjilat bibirnya. Seronoknya menjadi manusia.
               Tiba-tiba aku diambil keluar daripada beg plastik tempat aku dan lolipop-lolipop diletakkan. Kemudian, aku diserahkan kepada seorang budak perempuan bertudung merah jambu yang agak comel. Budak perempuan itu mengucapkan, "Terima kasih, Khai!" apabila Khai menghulurkan aku sambil mengucapkan padanya, "Selamat Hari Jadi, Acha!" Kini aku sudah bertukar tuan. Maaf, maksud aku 'puan'.
                Aku lihat Acha asyik tersenyum-senyum pada Khai. Naik meluat aku tengok. Kemudian, aku nampak Khai menghulurkan sebatang lolipop kepada Acha. Maka, senyuman Acha makin melebar. Aku hampir menangis melihat kemesraan mereka. Aduh, aku masih lagi belum berjaya menangis!
               Tiba-tiba aku jatuh ke atas lantai bersama-sama dengan sehelai tisu muka. Aku jadi panik. Mengapa tiba-tiba sahaja? Aduh, aku hanya dapat merasakan aku terjatuh tetapi tidak pula aku terasa sakit-sakit pada badanku. Syukur. Acha tidak sedar yang dia sudah tercicirkan aku. Aku menjadi semakin panik. Aku hanya melihat Khai dan Acha menikmati ayam goreng cecah sos Life. Amboi. Aku pun mahu ayam goreng juga. Secubit pun jadilah. Sedihnya.
               Kemudian, mereka berdiri dan bunyi ketawa mereka kedengaran. Panik aku datang kembali menggantikan rasa sedih yang hilang tadi. Tunggu aku! Mereka akhirnya sirna daripada situ. Mereka sudah berlalu pergi sambil menghisap lolipop Chup Chup Sedap. Akhirnya, aku mengambil keputusan ini dengan menuliskan kisah ini pada tisu yang aku dapati bukan sehelai, tetapi hampir sekotak. Aku pun tulislah dengan perasaan yang pada waktu itu sudah seperti seorang manusia yang baharu putus cinta. Pilu betul.
               Ini adalah kisah aku yang terakhir sebelum aku dipijak. Aku katakan ini apabila tiba-tiba sahaja ada seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arahku. Selamat tinggal dunia.

Saturday 27 October 2012

Mari Kita Menyanyi

                                       Lagu Tiga Kupang

Wednesday 24 October 2012

BM morfologi

Mari Kitar Semula


Rujukan suku kata


DIFTONG

DEFINISI
ai, au, oi
- gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan dalam satu hembusan nafas

CONTOH
ai
Aidiladha, Aidilfitri,
baiduri
landai, aising, zaitun,
tapai, pantai, petai, kucai
serai, tupai
au
aurat, autograf, auditorium
tauge, tauhu, taucu,
tauliah, saujana, maujud
lampau, imbau,
kemarau, kerbau, kalau
oi
boikot
amboi, kaloi, tampoi,
konvoi, ngongoi



DIGRAF


DEFINISI
ng, kh,
sy, ny
- dua huruf berturut-turut
yang mewakili satu bunyi,
dwihuruf, dwilambang

CONTOH
ng
ladang, pisang,
balang, tolong,
kh
khabar
sy
syif, syabas, syarikat
ny
nyanyi, nyonya












VOKAL BERGANDING


DEFINISI
-ia, -uu, -ai,
 ua, io, ia
- membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]
- urutan dua vokal penuh
- setiap vokal merupakan 
vokal penuh yang tersendiri

Misalnya, daun dan lain.
Dalam daun, misalnya ada au ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu : da dan un

CONTOH

saat,
kain,sains,
buah, buaya,
biola, piano




KONSONAN BERGABUNG


DEFINISI
kr, st, bl,
dr,br,
- dua huruf konsonan
hadir berturut-turut
dan mewakili satu bunyi

CONTOH
kr
st
bl
dr
br
aiskrim
stor, stesen
blok
draf
brek


Monday 22 October 2012

Latihan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

 Latihan 1:

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.
Ali telah membeli sepasang kasut Adidas.
2.
Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akedemik.
3.
Puisi yang telah dibaca oleh Shafik adalah tentang masalah alam sekitar.
4.
Mary telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari.
5.
Laporan itu perlu dihantar kepada guru besar untuk disemak.
6.
Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang gemuk itu.
7.
Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kesihatan.
8.
Anak-anak muda itu tabah menghadapi dugaan hidup.
9.
Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Puan Sally.
10.
Mereka bersatu menghadapi serangan musuh yang hebat.


  
Latihan 2
Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan
kata nama khas di dalam jadual yang disediakan.

1.
Pegawai polis itu mempunyai suara garau.
2.
Tanaman ibu Amin telah bertunas.
3.
Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.
4.
Kain baju itu berlonggok di dalam bakul rotan yang besar itu.
5.
Puan Ninda menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
6.
Latihan bola keranjang  akan diadakan setiap hari kecuali hari Sabtu.
7.
Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.
8.
Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.
9.
Semua penduduk kampung menghormati lelaki tua yang budiman itu.
10.
Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.



Kata Nama Am
Kata Nama Khas